K E S E N I A N
Kesenian atau seni boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu :
-
Seni Suara
-
Seni Gerak
-
Seni Rupa
-
Permainan Tradisional
Menurut Kamus Dewan
Seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan,
muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu
ciptaan.
Manakala
kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan
seni, keindahan (kehalusan).
Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak
turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat
Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.
Kementerian Kebudanyaan dan Kesenian telah mengambil pebagai inisiatif
bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu.
Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik.
SENI SUARA
Kesenian mengikut definisi Herberth Read adalah suatu usaha untuk mencipta
bentuk-bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan pula daripada estetika.
Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu :
Seni Vokal lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada
pendengar. Setiap seni vokal itu berbeza mengikut masyarakat. Dalam masyarakat
Melayu terdapat seni vokal tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung dengan
muzik.
Seni Vokal tanpa muzik yang sering dinyanyikan dalam masyarakat Melayu
ialah :
-
Endoi atau dendang Siti Fatimah dan ulit anak
Endoi atau dendang Siti Fatimah terkenal di negerii Perak, Selangor
dan Negeri Sembilan manakala ulit anak dinegeri Terengganu. Biasanya dilagukan
dalam upacara berbentuk keislaman seperti menyambut kelahiran anak atau
upacara bercukur kepala.
-
Nazam atau naban
Berasal daripada Terengganu, Pahang dan Melaka. Dikarang dalam Bahasa
Melayu yang mengisahkan riwayat Nabi Muhamad, para Nabi Allah dan para
sahabat Rasul. Persembahan yang tidak disertai alat muzik ini memerlukan
kemerduan suara.
-
Marhaban, nasyid dan qasidah
Merupakan nyanyian keagamaan. Marhaban ialah pujian kepada Nabi Muhamad
dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Nasyid ialah nyanyian dan berbentuk
dakwah Islam iaitu terdapat dalam senikata Arab dan Melayu. Qasidah biasanya
dinyanyikan dalam bahasa Arab yang mengandungi puisi memuji Nabi Muhamad
dan para sahabat.
-
Lagu yang digabungkan dengan muzik
-
Dikir
Dikir dikenali dengan pelbagai nama seperti dikir maulud, dikir Pahang,
dikir Rebana dan dikir berarak. Dikir-dikir ini dilagukan dengan iringan
pukulan rebana atau kompang.
-
Hadrah
Sejenis nyanyian yang berasal daripada dikir. Dinyanyikan dengan iringan
sejenis alat bercorak rebana yang hampir sama dengan kompang.
-
Beduan
Sejenis naynyian rakyat negeri Perlis dan diringi dengan bunyi-bunyian
gendang. Beduan mempunyai persamaan dengan bentuk zikir dan burdah yang
diringi dengan pukulan rebana.
-
Dikir barat
Sejenis nyayian yang terkenal dinegeri Kelantan. Nyanyiannya diringan
dengan pukulan rebana.
-
Ghazal
Sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan. Ghazal dinyanyiakan
dengan iringan alat seperti syeringgi, sitar, harmonium dan tabla.
Menurut Kamus Dewan Muzik didefinisikan sebagai gubahan bunyi
yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian.
Muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah berpendapat
bahawa setiap manusia mempunyai minat terhadap muzik. Keadaan ini jelas
dilihat kepada reaksi manusia terhadap bunyi-bunyian yang sudah menjadi
kegemaran sejak manusia dilahirkan. Muzik sebenarnya tidak dapat dilihat
dan dinikmati dengan pancaindera penglihatan, tetapi dirasai dengan hati
atau perasaan.
-
Muzik Tradisi Warisan Istana
Dalam masyarakat terdapat dua kelompok masyarakat iaitu :
-
Tradisi tinggi (great tradition)
-
Tradisi rendah (little tardition)
Kumpulan masyarakat tradisi tinggi terdiri daripada golongan bangsawan
yang merupakan golongan kelas pemerintah yang menjadikan istana sebagai
pusat kebudayaan.
Raja-raja menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik diistana dan latihan dianjurkan
untuk meningkatkan mutu persembahannya. Muzik nobat menjadi satu pasukan
muzik istana sejak abab ke 15 lagi. Muzik ini dimainkan dalam upacara pertabalan,
kematian raja dan upacara mengadap oleh para pembesar di hadapan balairung.
Selain nobat muzik yang berkembang melalui tradisi istana di Malaysia ialah
gamelan. Gamelan yang terkenal diTanah Melayu berasal dari kerajaa Riau-Lingga
dan Johor. Alat-alat muzik yang digunakan dalam gamelan termasuklah saron,
bonang, kerompong, gendang dan gong.
Disamping tradisi tinggi yang berpusat diistana, terdapat pula tradisi
rendah dikalangan rakyat biasa yang terdir daripada kaum petani dan nelayan.
Perkembangan seni muzik diperingkat masyarakat tradisi rendah lahir daripada
minat anggota masyarakat itu sendiri. Sebahagian daripada mereka mewarisi
keahlian bermain alat-alat muzik itu daripada keluarganya. Alat-alat muzik
ini diperbuat daripada bahan-bahan yang diperolehi disekeliling mereka
seperti buluh, kayu, kulit binatang dan lain-lain. Muzik rebana merupakan
sejenis alat muzik yang berkembang dalam masyarakat Melayu tradisional.
Rebana dimainkan dalam persembahan yang berunsur keislaman seperti dikir,
ratib, nazam, hadrah, rodat, maulut dan lain-lain.
-
Tradisi Muzik Melayu yang lain
Tradisi muzik melayu yang lain seperti muzik makyong dan gendang keling
diwarisi dari zaman praislam.Gendang keling dan Mek Mulung di Kedah dan
Perlis menggunakan alat muzik seperti Gong, rebab, gendang dan serunai.
Di samping berbagai – bagai jenis muzik yang dinyatakan ,muzik wayang kulit,
kuda kepang dan ghazal juga merupakan muzik melayu tradisional dari zaman
silam. Muzik wayang kulit mengandungi alat muzik seperti gamelan dan mempunyai
hubungan dengan tradisi dan kepercayaan masyarakat pribumi. Ghazal pula
berasal dari pengaruh Arab Parsi , yang dibawa melalui India sebelum berkembang
di alam melayu. Muzik melayu asli ialah muzik yang menyertai tarian ronggeng
atau joget yang mempunyai hubungan dengan dongdang sayang yang berkembang
di Melaka dan canggung di Perlis. Dalam Tarian kuda kepang pula terdapat
alat – alat muzik paluan yang dibunyikan mengikut rentak kuda berlari.
Tarian kuda kepang ini berkembang di Johor di kalangan masyarakat melayu
keturunan Jawa.
SENI GERAK
Seni gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur
– unsur keindahan . Seni ini dapat dilihat pada gerakan tangan , kaki ,
badan , mata dan anggota badan yang lain. seni gerak orang melayu dapat
dibahagikan kepada dua jenis iaitu seni tari dan seni drama.
SENI TARI
Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah
memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari
adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak – geri berirama yang indah.
Dalam kebudayaan melayu terdapat berbagai – bagai jenis tarian , sama ada
tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur – unsur moden.
Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu asli terbahagi kepada dua jenis. Pertama
, tarian yang bercorak lemah lembut seperti tarian mak inang dan siti payung.
Kedua , tarian rancak yang merupakan hasil daripada pengaruh tarian Portugis
seperti tarian Ronggeng , Serampang Laut dan Singapura Dua.
Seni tari boleh dikategorikan dalam berbagai – bagai jenis. Antara pembahagian
yang boleh dibuat terhadap seni tari melayu adalah seperti berikut :
-
Tarian – tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada
waktu perkahwinan , pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian
– tarian ini termasuklah tarian siti payung , mak inang , asyik , gamelan
dan sebagainya.
-
Tarian – tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti
tarian rodat , hadrah dan sebagainya.
-
Tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget dan sebagainya.
-
Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda
kepang , tarian labi – labi , tarian berdayung dan sebagainya.
TARIAN ASLI
Tarian ini dicipta berdasarkan lagu – lagu melayu asli dengan mengikuti
irama lagu – lagu melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah
tarian yang dicipta daripada lagu Makan Sirih , Gunung Banang , Sapu Tangan
, Asli Selendang , Bentan , Telani , Asli Abadi dan sebagainya.
TARIAN ASYIK
Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah – daerah di Kelantan
yang ditarikan di istana raja – raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti
kekasih , oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak – geri bersifat
lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh
orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh
dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian
asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malam berinai. Tiga
alat muzik penting yang digunakan ialah rebab , gambang dan gedombak.
TARIAN AYAM DIDIK
Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis
sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta
oleh ahli tarian dinegeri Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu
ayam didik.
TARIAN BALAI
Tarian ini berasal dari daerah-daerah dinegeri Terengganu. Tarian ini
ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan
pekerjaan sawah. Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis
payung panjang berwarna-warni yang diletakan dibawah gelanggang.
CANGGUNG
Kata tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung
berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis
dan Pulau Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar
selepas perang dunia kedua
TARIAN SITI WAU BULAN
Tarian ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai
sempena dengan temasya dan permainan wau.
TARIAN CINTA SAYANG
Tarian ini berasal dari yang menggambarkan keluarga nelayan. Tarian
ini menunjukan bagaimana keluarga nelayan mengucapkan selamat jalan kepada
para nelayan sebelum turun ke laut.
TARIAN DABUS
Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan
yang berkait dengan kepahlwanan Sayidina Ali.
TARIAN GAMBUS
Tarian ini berasal dari daerah Kuala Kangsar Perak. Tarian ini dikatakan
telah dikenali didaerah ini sejak 50 tahun yang lalu, dipercayai berasal
dari negeri Arab.
TARIAN INAI
Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan
anak pembesar-pembesar istana. Ianya dipersembahkan kepada kanak-kanak
ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas pelamin.
TARIAN JOGET
Tarian ini diperngaruhi oleh kebudayaan Portugis dan dijadikan sebagai
tarian sosial serta diterima oleg berbagai-bagai kaum di Malaysia.
TARIAN KUDA KEPANG
Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan
islam. Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam
jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu mengisahkan pepernagan Rasullollha
dan para sahabat.
TARIAN MAK INANG
Pada zaman kesultanan Melayui Melaka, tarian mak inang sangat popular
ditarikan pada hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis
sosial.
TARIAN ZAPIN
Tarian ini dikatakan berasal dari negeri Parsi . Ianya diringi dengan
alat-alat muzik seperti dabus dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah
baju melayu.
Drama tradisional mengikut pendapat Amin Sweeney ialah karya drama yang
dianggap oleh masyarakat yang mewarisinya sebagi hasil yang diwarisi secara
turun temurun dari generasi yang lampau. Antara seni drama tradisinal yang
popular dalam masyarakat melayu adalah seperti berikut :
MAIN PUTERI
Drama tradisinal ini berkembang dengan popular sekali didesa-desa dinegeri
Kelantan. Drama ini digunakan untuk mengubati orang sakit. Tok Puteri memainkan
peranan sebagai pawang atau bomoh untuk mengawal penyakit yang dibawa oleh
roh-roh atau semangat jahat.
MAKYUNG
Makyung ialah drama tradisional yang popular dinegeri Kelantan. Drama
ini berasal daripada ritual memuja roh datuk nenek. Permianan makyung ini
dikatakan berasal dari negeri Patani.
MENORA
Menora ialah sejenis drama tradisioanal Melayu yang dikatakan dipengaruhi
oleh seni darama Siam. Menora telah menjadi popular dinegeri Perlis, Kedah
dan Kelantan.
WAYANG KULIT
Wayang kulit merupakan sejenis drama tradisoanl melayu yang terbahagi
kepada beberapa jenis seperti wayang golek, wayang wang, wayang topeng
dan wayang beber. Kini hanya wayang kulit yang masih kekal.
SENI RUPA
Seni rupa dalam masyarakat melayu meruapakan ciptaan yang megandungi unsur-unsur
seni yang dihasilkan oleh orang melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan,
seni bina dan sebagainya.
SENI UKIR
Seni Ukir dalam masyarakat melayu mempunyai hubungan rapat dengan hasil-hasil
kerja tangan yang dicipta melalui kepandaian mengukir. Ciri-ciri ukiran
itu dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran terbenam, ukiran tebuk dan
ukiran timbus.
SENI KRAFTANGAN
Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi
digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah
dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan
dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah
sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut
memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan
menarik.
SENI TEMBIKAR
Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang melayu yang menggunakan
tanah liat yang dibakar dan digilap. Reka bentuknya dicipta berdasarkan
fungsi sesuatu barang itu seperti periuk nasi, bekas air, bekas mennyimpan
makanan seperti jeruk, pekasam dan lain-lain. Perusahaan membuat tembiran
secara tradisoanl ini masih dilakukanoleh orang melayu khususnya di Sayung,
Perak.
SENI ANYAMAN
Menganyam meruapakn proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar,
buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk
kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan
harian contohnya mengahsilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar
untuk mengalas tempat duduk.
TEKATAN
Tekatan dikenali juga dengan nama suji dan merupakan sejenis seni kraftangan
yang popular dalam masyarakat melayu. Tekatan menggunakan kain baldu sebagai
kain dasar dan bentuk hiasannya mengambarkan rekabentuk bunga dan pohon
– pohon. Tekatan digunakan untuk membuat kasut , kipas . muka bantal dan
balutan tepak sirih. Hasil tekatan ini dibuat bagi tujuan upacara tertentu
seperti dijadikan hiasan pada upacara perkahwinan , upacara berkhatan ,
pertabalan raja dan upacara – upacara kebesaran yang lain.
SENI TENUNAN
Seni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa , tenunan
ikat celup dan songket. Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap
dan cantik. Tenunan ini merupakan satu perkembangan daripada proses tenunan
biasa. Sementara tenunan ikat pula dipercayai berkembang di istana raja
– raja. Penciptaannya lebih rumit terutama dalam proses menyongket solek
atau menyolek. Jenis kain tenunan ini dikenali juga dengan panggilan kain
benang emas.
SENI BATIK
Batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan
lilin dan mencelup kain. Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses
menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan. Kemudian kain batik itu
diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang
dipanaskan. Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara celupan
yang berperingkat – peringkat. Selanjutnya kain itu direbus dan divasuh
sehingga bersih lalu dijemur hingga kering.
SENI TEMBAGA
Seni tembaga merupakan satu lagi kraftangan orang melayu. Seni ini diperkenalkan
denagn tujuan untuk mencipta alat-alat daripada tembaga yang canti dan
indah bentuknya. Alat-alat yang dicipta dalam proses seni tembaga ini digunakan
dalam upacara-upacara adat khususnya diistana raja-raja melayu seperti
alat-alat pertabalan raja, upacara perlkahwinan atau upacara diraja yang
lain. Alat-alat tembaga ini digunakan sebagi hiasan atau perkakasan kegunaan
dirumah seperti dulang, tempat letak sireh, sudu, tempat bara, bekas perenjis
air mawar dan sebagainya
SENI BINA
Reka bentuk seni bina melayu lahir daripada bentuk rumah-rumah yang
menjadi tempat penginapan orang melayu. Walaupun terdapat berbagai jenis
rumah melayu namun struktur binaanya tdiak banyak berbeza . Reka bentuk
rumah-rumah melayu juga meperlihatkan wujudnya unsur-unsur seni bina dari
daerah-daerah lain dialam melayu atau dari luar alam melayu. Contohnya
rumah-rumah orang melayu di negeri Sembilan adalah bercorak seni bina rumah
minangkabau
PERMAINAN RAKYAT
Dalam tradisi lisan, permainan ini yang dikenali juga sebagai pemainan
masa lapang atau sukan rakyat termasuk dalam kategori "folk games". Permainan
ini bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan tetapi juga berperanan
dalam aktiviti sosial untuk menyerikan majlis-majlis keramaian, perkahwinan
dan sebagainya.
Permainan masa lapang dan sukan rakyat yang lahir di dalam kebudayaan
Melayu, malah dalam kebudayaan semua dikatakan sebagai satu cara untuk
pelepasan emosi manusia itu sendiri.
Di samping berfungsi diatas permainan tradisional dalam masyarakat Melayu
memainkan beberapa peranan yang lain seperti bertindak sebagai alat komunikasi
di kalangan anggota masyarakat.
Permainan masa lapang bagi orang Melayu boleh dibahagikan kepada permainan
untuk orang dewasa dan permainan untuk kanak-kanak.
Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan wau, sepak raga,
gasing, menyabung ayam, laga buah keras, congkak, berlaga kerbau dan lain-lain.
Permainan untuk kanak-kanak pula termasuklah main telaga buruk, guli-guli,
main galah, main kapal terbang, cina buta, ketup atau sembunyi dan lain-lain.
PERMAINAN GASING
Gasing ialah permainan rakyat yang popular dikalangan orang Melayu.
Di negeri-negeri Pantai Barat gasing diperbuat daripada kayu, sementara
di negeri-negeri Pantai Timur khususnya dinegeri Kelantan gasing diperbuat
daripada timah.
Permainan gasing dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
-
Permainan untuk bersuka ria
-
Pertandingan gasing
-
Permainan untuk pertunjukkan.
PERMAINAN LAYANG-LAYANG ATAU WAU
Permainan layang-layang atau wau mempunyai hubungan dengan kepercayaan
kepada semangat padi. Permainan wau dipercayai telah dilakukan sebagai
satu cara untuk memohon maaf kepada semangat padi yang telag menjelma menjadi
seorang anak gadis.
Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelabagi peringkat umur.
Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat
bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak
ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukranya.
PERMAINAN CONGKAK
Permainan congkak ialah sejenis permianan Melayu tradisional yang digemari
oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini dipercayai mula berkembang
di istana iaitu dikalangan wanita-wanita istana dan para pembesar. Mereka
memainkan permainan ini untuk menghiburkan hati pada waktu lapang dan juga
bagi mengisi masa yang banyak terluang.
Permainan congkak menggunakan dua bahan, iaitu papan congkak dan buah
congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat
diatas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah
getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congka hanya
boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.
MENYABUNG AYAM
Salah satu permianan bercorak pertandingan yang digemari oleh masyarakat
Melayu tradisional ialah permainan menyabung binatang-binatang ternakan
seperti lembu, kerbau dan ayam. Permaina sabung ayam misalnya diadakan
sempenan sesuatu upacara tertentu yang disambut oelh masyarakat Melayu
tradisional seperti ketika menyambut kelihiran bayi, perkahwinan dan pentabakan
raja.
Permainan manyabung ayam melibatkan pertaruhan wang atau sejenis perjudian.
Tetapi pemilik ayam boleh mendapat bayaran tanpa turut serta dalam pertaruhan
menyabung dengan cara menyewakan ayamnay jika ayamnya itu telah terkenal
sering beroleh kemenangan.
SEPAK RAGA
Sepaka raga ialah sejenis permianan yang menggunakan bola yang diperbuat
daripada rotan yang dinanyam dua hingga tiga lapis. Sepak raga dimainkan
oleh beberpapa orang pemain yang berdiri membentuk bulatan. Permainan ini
dimulaid engan salah sorang pemian melambugkan bola kepada salah seorang
pemian yang lain. Pemain lain kan menimbang bola terbut sebelum diambil
oleh orang lain.